Friday, September 19, 2008

LINGKARAN QALB


Qalb adalah Latifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah.

Pada Latifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah terdapat 4 lingkaran utama:-

1. Al-Hayat
2. Al-Ilmu
3.Al- Iradah
4.Al- Qudrah

Keempat-empat unsur di atas wujud dalam 4 Alam berlainan:-

1. Alam Lahut -Alam Hakiki- Ruh Hakiki, diturunkan ke Alam Jabarut dan dibalut dengan Cahaya Jabarut;

2. Alam Jabarut- Ruh dikenali sebagai Ruh Sulthani, diturunkan ke Alam Malakut dan dibalut dengan Cahaya Malakut ;

3. Alam Malakut- Ruh dikenali sebagai Ruh Ruhani, diturunkan ke Alam Mulki dan dibalut dengan Cahaya Mulki, ;

4. Alam Mulki - Ruh dikenali sebagai Ruh Jismani.

Lalu Allah menciptakan jasad dari Mulki, setelah terwujud jasad, Allah perintahkan Ruh memasuki Jasad.




Tuesday, September 16, 2008

AL-INSAN

Fahamilah perkara diatas.

Sungguh tiada satu gambarajahpun yang boleh menjelaskan Hakikat Wujud Insan dengan tepat.

Namun kebaikan ada dimana-mana...

(klik 2 kali...untuk imej lebih jelas)




LATIFAH RABBANIYYAH RUHANIYYAH


Terkenal sebagai Latifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah...

SELAWAT NURIL ANWAR


Amal. Istiqomah. Tawakkal. Kemudian nikmatilah.

Untuk membesarkan imej sila klik 2 kali pada imej.

MAKAM WUJUD


Sungguh setiap manusia mempunyai 1Makam Wujud yang tersulam dengannya 1 Pati Wujud. 1 Pati Wujud ini adalah anugerah Allah s.w.t. apabila manusia telah benar-benar mengenali 1 Makam wujud yang ada padanya. Dengan 1 Makam wujud dan 1 Pati wujud inilah manusia bisa melihat kepelbagaian bentuk hakikat dan memahami Ad-Dinnya.

Sungguh pelik bagaimana bisa manusia "berpegang" dengan Ad-Dinnya sedangkan Ad-Din itu seluruhnya adalah berkaitan dengan perkara yang tidak bersifat fizikal, malah pada masalah-masalah yang menyentuh hal-hal akidah, seluruh konsepnya adalah bersifat Ghaib dan metafizikal.

Begitulah pula dengan akhlak yang seluruhnya adalah bersifat metafizik. 1 Makam wujud dan 1 Pati wujud adalah berkaitan dengan perkara ini. kedua-duanya adalah alatan bagi manusia"menggenggam" Ad-Din secara hakiki.

1 Makam wujud adalah berkaitan dengan 7 perkara yang besar, iaitu:-

1. Cinta
2. Rindu
3. Pengagungan
4. Pengaguman
5. Pemuliaan
6. Penggerunan
7. Pengharapan

Dan sehingga manusia mengenali apakah ketujuh-tujuh perkara diatas adalah berkaitan dengan hal apa, maka sehingga itulah manusia dikatakan belum menyembah Allah dan mengikuti Rasulnya secara hakiki.

1 Makam wujud ini adalah satu perkara ghaib yang bersifat lembut dan halus yang sentiasa ujud pada manusia sejak mula ia diciptakan sehinggalah ke alam akhirat. Dan dengan itulah segala ketetapan Allah disulamkan ke atasnya.

Fahamilah kedudukan 1 Makam wujud ini dengan sebaik-baiknya serta carilah makna yang terselit pada ketujuh-tujuh elemen yang ada pada 1 Makam wujud tersebut. Semoga Allah memahamkan diriku dan dirimu.




Monday, September 15, 2008

MANUSIA DAN HAKIKAT


Ketahuilah bahawa:-

1. Manusia terdiri daripada 4 wujud. 1 wujud adalah secara fizikal, 1 wujud berada antara fizikal dan metafizikal, 1 wujud secara metafizikal dan 1 wujud lagi diluar fizikal dan metafizikal.

2. Keempat-empat wujud ini disokong oleh 28 penguat wujud yang lain, masing-masing 7 penguat wujud untuk setiap satu wujud.

3. 4 wujud dan 28 penguat wujud ini dikumpulkan pada 1 Makam wujud dan 1 Makam wujud ini pula di sulami oleh 1 Pati wujud.

Ingatlah:-

4 Wujud

7 x 4 = 28 Penguat Wujud

1 Makam Wujud

1 Pati Wujud

Kesemuanya terdapat 34 Unsur-unsur wujud yang ada pada setiap Diri manusia.

4. Untuk mencapai Hakikat setiap manusia mestilah mengenali 33 daripada 34 unsur wujud ini yang ada pada dirinya.

5. 1 wujud daripada 34 wujud itu adalah wujud manusia secara fizikal yang tentunya telah diketahui oleh setiap manusia.

6. Daripada 28 Penguat wujud, hanya 3 penguat wujud yang dizahirkan. 25 Penguat wujud lagi
adalah bersifat bathin.

7. 1 Makam wujud pula bersifat bathin, walapaun ianya bisa dizahirkan, namun ianya masih lagi bersifat bathin.

8.1 Pati wujud pula adalah bersifat antara zahir dan bathin. Jika kamu kata zahir, kamu adalah benar dan jika kamu kata bathin pun, kamu adalah benar jua. Dan tetaplah ia berada pada keadaan tersebut sampai bila-bila pun.

Kepada mereka yang ingin menggapai Hakikat-hakikat, fahamilah perkara-perkara diatas dengan sebenarnya. InsyaAllah dengan memahaminya anda sudah berada di hadapan Pintu-pintu Hakikat.




Sunday, September 14, 2008

PINTU HAKIKAT


Ketahuilah bahawa pintu-pintu Hakikat itu adalah:-


1. Mengamalkan Ihsan- Billah, Minallah, Ilallah, 'Alallah, Fillah, Ma'allah, 'Anillah.


2. Mengembalikan Qudrah dan Iradah kepada Allah semata-mata.


3. Menghimmahkan Allah semata-mata tanpa selainnya di daerah Makam Wujud setiap saat dan ketika baik secara sedar atau tidak sedar.


4. Makam wujud adalah sepenuh sempurna Kecintaan, Kerinduan, Pemujaan, Pengaguman, Pengagungan, Pemuliaan, Kegerunan dan Pengharapan di Latifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah yang ditujukan hanya kepada Allah semata-mata pada setiap saat dan ketika baik secara sedar atau tidak sedar.


5. Menyuci bersihkan "Baitullah" di Latifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah daripada selain Allah. Sungguh Allah tidak akan "hadir" di daerah-daerah dimana Dia disekutukan kerana Dia adalah bersih daripada sebarang sekutuan sama ada sekutuan itu terjadi secara sengaja atau tidak sengaja.


6. Menghimpunkan di Latifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah sifat-sifat Mahmudah setelah dibersihkan ia daripada sifat-sifat Mazmumah.


7. Berakhlak dengan Asma Ul Husna Allah yang layak untuk diamalkan oleh manusia.


8. Hasbiyallah...Hasbiyallah...Hasbiyallah

PERMULAAN HAKIKAT


1. Hakikat adalah Makna-makna dalam bentuk Lingkaran-lingkaran Cahaya.

2. Hakikat hanya bisa dilihat dan difahami oleh "Makam Wujud" yang sedia ujud di dalam "Latifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah " manusia.

3. Hakikat tidak mungkin akan bisa dihuraikan oleh kata-kata tanpa menimbulkan fitnah-fitnah yang besar dikalangan umat manusia.

4. Hakikat adalah pemahaman terhadap sesuatu Makna secara menyeluruh di daerah Makam Wujud.

5. Manakala untuk memahami Hakikat sesuatu Makna secara menyeluruh di daerah Makam wujud, sang salik harus mampu mengupas lapisan-lapisan Kefahaman satu persatu yang terdiri daripada 99 lapisan-lapisan utama.



Friday, September 12, 2008

YANG SATU


Allahumma arinil haqqa haqqan warzuqnittiba'ah,
wa arinil batila batilan warzurqnii ijtinabah...
Ya Allah tunjukkan bagiku yang hak sebagai hak dan kurnialah aku rezeki untuk mengikutinya,
dan tunjukkanlah bagiku yang batil sebagai batil dan kurnialah aku rezeki untuk meninggalkannya...
Amin

HAK




Ku mulai dengan Bismillah...
Semuga isi-isinya bermanfaat buat semua...
Allahu Allah...
Muhammad Rasul Allah
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghairullah
Muhammad Rasulullah...