Tuesday, September 16, 2008

MAKAM WUJUD


Sungguh setiap manusia mempunyai 1Makam Wujud yang tersulam dengannya 1 Pati Wujud. 1 Pati Wujud ini adalah anugerah Allah s.w.t. apabila manusia telah benar-benar mengenali 1 Makam wujud yang ada padanya. Dengan 1 Makam wujud dan 1 Pati wujud inilah manusia bisa melihat kepelbagaian bentuk hakikat dan memahami Ad-Dinnya.

Sungguh pelik bagaimana bisa manusia "berpegang" dengan Ad-Dinnya sedangkan Ad-Din itu seluruhnya adalah berkaitan dengan perkara yang tidak bersifat fizikal, malah pada masalah-masalah yang menyentuh hal-hal akidah, seluruh konsepnya adalah bersifat Ghaib dan metafizikal.

Begitulah pula dengan akhlak yang seluruhnya adalah bersifat metafizik. 1 Makam wujud dan 1 Pati wujud adalah berkaitan dengan perkara ini. kedua-duanya adalah alatan bagi manusia"menggenggam" Ad-Din secara hakiki.

1 Makam wujud adalah berkaitan dengan 7 perkara yang besar, iaitu:-

1. Cinta
2. Rindu
3. Pengagungan
4. Pengaguman
5. Pemuliaan
6. Penggerunan
7. Pengharapan

Dan sehingga manusia mengenali apakah ketujuh-tujuh perkara diatas adalah berkaitan dengan hal apa, maka sehingga itulah manusia dikatakan belum menyembah Allah dan mengikuti Rasulnya secara hakiki.

1 Makam wujud ini adalah satu perkara ghaib yang bersifat lembut dan halus yang sentiasa ujud pada manusia sejak mula ia diciptakan sehinggalah ke alam akhirat. Dan dengan itulah segala ketetapan Allah disulamkan ke atasnya.

Fahamilah kedudukan 1 Makam wujud ini dengan sebaik-baiknya serta carilah makna yang terselit pada ketujuh-tujuh elemen yang ada pada 1 Makam wujud tersebut. Semoga Allah memahamkan diriku dan dirimu.




No comments: